Kelas Renang Persendirian

Melalui pengalaman sebelum ini, kami mendapati pelajar akan lebih faham dan mampu buat jika tumpuan dari pengajar diberi sepenuhnya. Oleh sebab inilah, kami di AquaDolf selalu menekankan betapa pentingnya pelajar diberi perhatian. Kami menawarkan kelas persendirian pada kadar yang berpatutan.

Kelas Yang Ditawarkan (Wanita, Lelaki & Kanak-Kanak)

1. Kelas One on One
2. Kelas Duo

Apa Yang Akan Diajar?

Asas Renang

Pernafasan yang betul
Mengapungkan diri
Glide atau luncur dalam air

Pendek kata, tahap 1 ini adalah peringkat penyesuaian diri pelajar dengan persekitaran kolam renang

Permulaan

Pada tahap ini, pelajar akan diajar berenang kuak dada/breastroke. Teknik kuak dada merupakan teknik renangan yang paling casual dan agak santai berbanding lain-lain teknik. Teknik ini juga paling kurang memerlukan tenaga dan mudah dipelajari.

Dalam kelas, pelajar akan difokuskan dengan pergerakan tangan dan kaki yang betul. Disebabkan kuak dada yang asas merupakan teknik yang agak mudah dipelajari, sesiapa pun boleh belajar teknik ini.

Secara purata, teknik asas kuak dada boleh dipelajari dalam tempoh 2 bulan.

Pertengahan

Bila teknik kuak dada semakin baik, pelajar boleh meneruskan dengan tahap berikutnya, iaitu teknik Gaya Bebas/Front Crawl/Freestyle. Gaya bebas merupakan teknik renangan yang popular. Ia memerlukan lebih tenaga berbanding kuak dada. Pelajar akan diajar terlebih dahulu, langkah demi langkah untuk menguasai teknik ini mulai dari tendangan kaki (flutter kick), arm pulling dan cara pernafasan yang betul.

Pada masa yang sama juga, pelajar juga dikehendaki untuk berlatih kuak dada bagi memperbaiki teknik.

*Tiada had masa tertentu bagi teknik Freestyle ini kerana apa yang diperlukan oleh pelajar untuk lebih mahir ialah latihan, latihan dan latihan :)

Lanjutan

Seterusnya, jika teknik gaya bebas semakin mahir, pelajar ada pilihan samada nak meneruskan ke tahap lanjutan atau tidak. Ini kerana, bagi dewasa terutamanya, mereka sering merasakan pengetahuan renang cukup sekadar teknik freestyle sahaja.

Walau bagaimanapun, jika anda memang minat berenang, mungkin ini masanya untuk mencabar diri sendiri dan belajar teknik berenang yang lebih advanced iaitu Kuak Lentang/Backstroke dan Kuak Kupu-kupu/Butterfly. Kuak Lentang lebih kurang dengan Freestyle cuma ia dibuat secara terbalik. Manakala kuak kupu-kupu memerlukan pergerakan tangan yang pantas dan serentak. Ia juga antara teknik yang agak sukar. Pergerakan kaki bagi gaya renangan ini juga agak berbeza dan dipanggil "dolphin kick". Kekuatan atas badan, terutama tangan dan kelenturan badan amat diperlukan untuk teknik ini. Mungkin agak sukar, tapi boleh saja dipelajari.

Sementara anda belajar teknik-teknik ini, anda juga perlu menambah kemahiran dan perbaiki teknik yang dah dipelajari sebelum ini.

*Seperti biasa, tiada had masa tertentu. Yang diperlukan ialah latihan, latihan dan lebih latihan. Jangan risau, kami akan memerhatikan anda semasa latihan nanti :)

*OKlah...jika nak tau jugak agak-agak berapa lama masa diambil. Secara purata, lebih kurang 2 bulan (kelas 2x seminggu) diperlukan untuk mendapat intipati-intipati utama setiap jenis teknik/kuak :)

Untuk maklumat lanjut:

ESS Progress Chart (BARU!)
Yuran & Cara Pembayaran
Jadual Kelas
Proses Mendaftar

Share This Post On: