Renang merupakan satu aktiviti senaman yang mudah dan menyeronokkan, terutama bagi wanita. Objektif kami, salah satu darinya adalah untuk menambahkan bilangan wanita di Malaysia yang mempunyai kemahiran renang.
Muka bumi ini terdiri daripada 70% air. Ke mana sahaja kita pergi, kita akan dikelilingi oleh sungai, tasik dan juga laut. Sayang kalau kita tidak dapat menikmati kesemua ini. Untuk memulakan aktiviti air, renang merupakan skil utama yang diperlukan. Dengan pengetahuan renang juga, kita akan berasa lebih yakin untuk menyertai aktiviti-aktiviti dan sukan air. Tambahan pula, renang merupakan salah satu senaman yang terbaik dan seronok untuk dilakukan.
Menyedari tentang semua ini, lebih-lebih lagi di negara kita, jurulatih renang wanita sangat kurang. Inilah sebabnya kami memulakan kelas renang. Pada awalnya kami cuma memberi personal coaching di kolam renang persendirian. Kemudian kami bergabung dan mendaftarkan kelas renang kami atas nama AquaDolf Swimming. Kami memberi keutamaan untuk kelas wanita dan kanak-kanak kerana tidak ramai tenaga pengajar renang wanita boleh didapati. Kami mengkhusus dalam menyediakan kelas peribadi, privasi, ekonomi dan berkesan untuk semua pelajar kami. Selain, itu , kami juga menjalankan kerjasama dengan beberapa kelab renang, dan pelajar yang ingin menyambung kelas renang ke peringkat kompetitif, boleh berdaftar dengan kelab-kelab berkenaan.
Pada pertengahan tahun 2010, kami akan membuka pusat latihan persendirian di Petaling Jaya. Yang menariknya, pusat latihan renang ini hanya menawarkan kelas renang kepada wanita dan kanak-kanak. Ini kerana kami ingin memenuhi permintaan ramai wanita di luar sana yang tercari-cari guru renang wanita dan mengikuti kelas dalam suasana privasi dan selesa.
Oleh itu apalagi, DAFTARKAN DIRI anda sekarang! :)
PROFIL
~ LSSM Lifesaving Instructor
~ ASUM Swimming Instructor
~ LSSM Member
~ CPR, First Aid & Emergency Rescue Trainer
~ Scuba Diver
~ AIDA Freediver