Adakah Anda Berenang atau Apa Itu?

Terpanggil untuk mengupdate sedikit artikel memandangkan dah lama tak update, dan baru-baru ini kebetulan mengalami dan melihat beberapa peristiwa yang menyebabkan terasa nak tulis berkenaan tajuk ni.

Biasanya bila kami ada terima pertanyaan dan permintaan untuk mula kelas renang, kami akan memberikan penjelasan dan menjawab pertanyaan sama je layanannya. Dan kami in good faith sentiasa beranggapan yang mereka sememangnye berminat untuk belajar renang. Selain dari soalan2 seperti susunan jadual, biasanye kami akan tanya jugaklah samada orang tu mmg ada basic atau completely zero dalam berenang. Tapi ada masa2 yang kami terlupa nak tanya, tapi disebabkan majoriti yang amik kelas ni memang dari zero ataupun jika memang dari mula jika orang tu dah ada basic, itu dah diberitahu terlebih awal. Bila ini berlaku, biasanye kami menganggap yang penanya ni nak mula belajar dari basic, from zero.

Apa kaitan masalah ni dengan tajuk artikel kali ini?

Situasi 1:

Baru-baru ini kami dah aturkan jadual untuk satu student baru di kolam PJ kami. Utk siapa yang dah pernah mulakan kelas di PJ pasti sudah maklum yang kolam kami adalah above the ground pool. Maknanye ia kolam yang siap dibina (build up pool) dan bukan jenis digali seperti kebanyakan kolam di Malaysia. Saiznye cuma 34 x 18 kaki. So pada hari yang patutnya individu ini mulakan kelas pertama di PJ. Selepas melihat kolam, hasrat utk mula kelas dibatalkan atas sebab kolam yang kecil. Dia mengatakan dia ada basic berenang dan mampu berenang beround round di kolam ni. Jadi OK, tanyalah stroke apa? Kata yang mcm frog style. Siap dengan breathing ke? Dia kata takde breathing2. Tanya juga beberapa perkara yang biasanye orang tahu berenang leh jawab, eventhough baru belajar, mcm tak tau je.Oh OK!!! (dalam hati).

Jadi taknak panjang lebar, dan kita pun dah bagi option utk belajar di Shah Alam (kolam Olimpik size) dan lain-lain. Pendek citer, dia tak amiklah lesson ni. OK that's fine sebenarnya. Bukan rezeki kami

Situasi 2:

Sementara menunggu student sampai kat satu kolam apartment ni. Tengah petang weekend, orang agak ramai. So mmg ramai family hangout bwk anak gi kolam renang. Terdengar parents2 yang tak masuk pool berbual sesama sendiri. Sambil2 tu terdengar ada yang kata anak dia pandai berenang dengan gahnye. Dalam hati saya kata, bagus2 diorang ni. Tapi bila tgk anak dia "berenang", saya berasa sedih sikit sebenarnye. Pasal 'berenang' yang tu bukan berenang dalam ertikata sebenarnya. letak muka dalam air..kick kick kick serba sikit (ala2 gaya snorkelling, cuma takde lifejacket, mask & snorkel je),bila dah habis nafas berdiri tu bukan berenang. itu cuma mampu bergerak di air. Bayangkan jika di kawasan yang dalam. Mampukah 'berenang' camtu menyelamatkan anak kita?

Jadi artikel ni sebenarnya cuma untuk kita sendiri,terutama yang rasa diri dah tau berenang. Cuba pastikan adakah renangan tu dapat menyelamatkan kita, atau sekurangnya jika belum yakin nak pegi tempat dalam, kita boleh berenang dalam 50-100m tanpa henti? Jika kedua2nya tidak terpakai untuk anda, cuba pastikan gaya berenang anda. Adakah anda berenang atau 'berenang'? Berenang tapi bukan dengan teknik yang efisien takde masalah, pasal lambat laun dengan latihan dan ulangan yang berterusan, kita boleh buat. Cuma yang tang 'berenang' tapi kita rasa dah betul ni yang kita agak musykil dan kena fikirkan.

Seperti situasi satu, melihat kepada jawapan yang diberi dan yang kami rasa berdasarkan pengalaman kami yang tak seberapa ni, pasti berenang yang dikatakan tu bukanlah berenang dengan teknik yang betul. Berenang kalo yang betul mesti kena ada breathing. Kalau breathing pun dia kata takde dan tak tau. Berenangkah itu? Kami akui kolam PJ ni takle sebesar mana, tapi sasaran student adalah mereka yang betul2 zero knowledge dalam swimming, totally beginner. Sebenarnya saiz kolam dah memadai utk beginner recreational swimmer (mengah juge kami tengok student2 yang baru swim walaupun hanya 10m saja panjangnye). Jika advanced swimmer, mmg awal2 lagi kami dah daftarkan mereka utk kelas di Shah Alam. Tapi silap kami juga terlupa nak tanya tahap renangan individu tersebut.

Situasi dua pula, saya lebih rasa risau jika ibubapa tidak tau teknik berenang yang betul. Jadi bila anak boleh bergerak sikit, dikatakan dah boleh berenang. Nanti takut jenis-jenis macam nilah yang biasanya membiarkan anak dorang gi kolam renang sendiri2 dengan kawan yang sama je gaya 'berenang'nya. Jadi bila anak dah lemas, sapa yang nak disalahkan? Pasal trendnya kat Malaysia ni, parents bila anak dah tau 'berenang' diorang akan dengan senang hati lepaskan anak2 gi kolam2 tanpa pengawasan orang dewasa. Ada yang lebih sadis lagi, budak dalam 2-3 tahun letak dalam pelampung dan biar je terapung-apung. Hajat dari awal nak swim sementara tunggu student pun kadang2 tak jadi, jadi le lifeguard tak berbayor.

Oleh itu adalah amat penting bagi ibubapa atau dewasa la senang citer, kena tau teknik renangan yang betul. Tidak semestinya kena tau berenang, tapi sekurang2nya kena tau rupa berenang yang betul. Budak2 tak kisah punye, janji jumpa air nak terjun je taunya. Jadi kita yang dewasa nilah yang kena aware sikit.

Gaya 'berenang' paling biasa kita tengok ialah :

1. Berenang gaya ala-ala snorkelling, dalam 10 saat berdiri, lepas tu sambung
2. Berenang 'freestyle' kepala kat atas pusing kiri kanan, tahan dalam 6-8 kuak lepas tu berdiri sambil kemengahan

Dua gaya di atas ni BUKAN BERENANG, BUKAN BUKAN DAN BUKAN! HARAP MAKLUM

Paling terbaik sekali ialah pergi ke Youtube dan search "correct swimming". KLIK SINI. Tengoklah video tentang swimming yang betul. Pasti anda tak akan nampak dua gaya di atas.

Selain itu, jika di kolam renang, cuba ikuti langkah2 keselamatan ini

Artikel ini sekadar peringatan. Keselamatan itu penting, jangan nak seronok saja. Sebab itulah dalam syllabus kami, mula dan turut diterap dan diutamakan sekali tentang water safety seperti water treading, floating, back float, underwater swim. Jadi student bukan saja tau berenang di permukaan air, tapi juga tau nak naik semula jika kot-kot termasuklah ke kawasan air dalam. Berenang bukan lagi sekadar sukan dan senaman nak kurus (err..saya tak kurus2 pun, ehehe) tapi paling penting sebagai survival skill.

Renung-renungkan dan selamat beramal...dan berenang :D

Share This Post On:



0 says:

Post a Comment