TIPS RENANG: Pemilihan dan Penjagaan Goggle

Goggle adalah satu keperluan asas semasa berenang. Fungsi utama goggle pada asasnye untuk melindungi mata. Al maklum, kolam renang ada klorin dan adakalanye jika kandungan klorin terlalu tinggi, membuatkan mata agak pedih dan kemerahan. Tapi pada dasarnya, goggle membantu kita melihat dalam air. Dan sesuai digunakan oleh mereka yang agak fobia dengan air. Taklah nanti masuk muka dalam air, kot gelap je. Bagaimana nak pilih goggle, dan menjaga goggle supaya tahan lebih lama?

Harus diingat tak semua goggle sempurna. Jika ada yang sempurna pun, tak semua orang boleh muat pakainye. Selalunya kita akan tengok rekabentuk, smart ke tak, kaler apa semua. Katalah ada satu design goggle yang kita berkenan, jgn lupa try pakai, tengok sesuai tak goggle tu dengan bentuk muka kita. Ikuti tips-tips pemilihan goggle yang sesuai:

1. Pastikan saiz kanta goggle lebih besar dari hujung mata kita. Kalo lebih kecil, hujung mata kita akan tertarik, jadi cam sepet pulak.
2. Lekapkan kanta ke mata, tekan sedikit sampai ada bunyi "Psst".
3. Dah lekap, lepaskan tangan. Goggle yang baik akan melekat kat kulit dan tak akan terjatuh
4. Sekarang pakai goggle sepenuhnya, dengan strap. Lepas tu cuba sengih, kerutkan dahi dan buatla apa2 jenis mimik muka. Goggle yang baik, ada daya lekapan dan padan dengan saiz mata akan sentiasa berada di tempat yang sama, tak akan berubah atau beralih tempat.

Pemakaian dan Penjagaan Goggle:

1. Lepas dah pakai goggle, tekan sedikit bahagian kanta sehingga berbunyi utk daya lekapan yang lebih baik.

2. Pastikan strap goggle berada di atas telinga. Jika yang berambut panjang, bila pakai swim cap biasa mesti ada bunjutkan? Letakkan satu bahagian strap goggle di atas bunjut dan lagi satu di bahagian bawah bunjut rambut tu.
3. Jangan sesekali menyentuh bahagian dalam kanta dengan jari. Dalam kata ada anti-fog coating (minyak). Bila disentuh ia akan menghilangkan coating tersebut, dan mempercepatkan lagi proses fogging. Jika terasa fogging, buka dan bilas goggle sebelum pakai balik.
4. Jangan biasakan pasang-bukak-pasang-bukak goggle masa swim. Bukak goggle jika didapati air masuk saja. Ni kerjanya asik nak membetulkan goggle, bila nak swim? :P
5. Setiap goggle lambat laun akan ada masalah fogging, leaking dan lain-lain. Boleh gunakan anti-fog jika didapati kanta goggle tu cam kabur2. Letakkan anti-fog tu dalam 10minit sebelum pakai goggle. Lepas tu bilas betul2 dengan air.
6. Lebih bagus lagi, lepas swim, letak anti fog, kemudian biarkan semalaman. Lepas tu, bilas dan simpan di tempat yang kering.

Tips Utama:

Kalau masih fogging, mungkin agaknya dah 2-3 tahun pakai goggle yang sama. Jadi sebaik-baiknya, tukar jelah goggle baru :)

Selamat berswimming!

Share This Post On: