Renang adalah satu aktiviti yang agak istimewa. Pertamanya kerana semasa memulakannya, takde sapa pun di dunia ini yang tiba2 terus mampu berenang dan bergerak dengan baik. Ini kerana renang dibuat di dalam air, dan sebagai manusia, kita bukanlah dicipta utk bergerak atau hidup dalam air. Berlari dan berbasikal secara amnya lebih mudah dan terasa logik utk dipelajari pasal memang ia dilakukan di atas darat, tapi renang pula sebaliknya. Jadi pertama-tama sekali, syabas diucapkan kepada mereka yang dah tahu berenang dan berminat nak belajar renang. Ini kerana anda sedang melakukan satu perubahan pada diri dan hidup, kerana aktiviti renang memang sangat menyeronokkan dan selamat jika langkah2 keselamatan dipatuhi, cayolah cakap den!
Biasanya mereka yang belajar renang, terutama bagi dewasa, secara mentalnya mereka dah bersedia untuk cabaran renang ini. Untuk persediaan psikologi, pertama sekali yang perlu difikirkan adalah percaya yang kita boleh buat. Ingat, renang bukanlah sesuatu yang natural bagi kita, jadi beri sedikit masa utk kita memahami konsep berenang dan bagaimana tubuh kita berfungsi di persekitaran air ini.
Masa untuk penyesuaian badan adalah utama dalam memulakan aktiviti renang. Badan tidak boleh dipaksa2. Bila dipaksa2, badan jadi keras, bila badan keras, daya apungan akan kurang dan ini menyebabkan badan sedikit tenggelam. Bila badan tenggelam, minda secara tak langung akan terasa down, dan semangat pun kian pudar. Jadi silalah tenangkan minda..RELAX. Kebanyakan kita tanpa disedari, semasa mulakan aktiviti renang, agak gopoh dalam melakukan sesuatu drill atau senaman. Adalah penting utk kita memahami terlebih dahulu bagaimana badan kita berfungsi di dalam air. Jangan semua nak cepat sahaja. Ingatkan satu perkara ini! Katalah anda belajar renang di usia 30 tahun, sepanjang 30 tahun ini anda tidak pernah langsung berenang, jadi logikkah utk anda terus mahir berenang dalam tempoh beberapa minggu? Sentiasa ingatkan tentang perkara ini, maka anda akan lebih menerima keadaan badan seadanya. Yang selainnya, perlukan usaha dan semangat utk teruskan berlatih bagi memantapkan lagi kemahiran dalam renang.
Bagi dewasa, kita harus utamakan bagaimana utk mengekalkan ketahanan dan dapatkan teknik yang betul bagi jarak renangan yang jauh berbanding kecepatan. Jadi tidak perlu gopoh, bawak bertenang ye kawan-kawan :)
Jangan lupa untuk membaca TIPS RENANG yang lain. Semuanya berkaitan.
Share This Post On:
Biasanya mereka yang belajar renang, terutama bagi dewasa, secara mentalnya mereka dah bersedia untuk cabaran renang ini. Untuk persediaan psikologi, pertama sekali yang perlu difikirkan adalah percaya yang kita boleh buat. Ingat, renang bukanlah sesuatu yang natural bagi kita, jadi beri sedikit masa utk kita memahami konsep berenang dan bagaimana tubuh kita berfungsi di persekitaran air ini.
Masa untuk penyesuaian badan adalah utama dalam memulakan aktiviti renang. Badan tidak boleh dipaksa2. Bila dipaksa2, badan jadi keras, bila badan keras, daya apungan akan kurang dan ini menyebabkan badan sedikit tenggelam. Bila badan tenggelam, minda secara tak langung akan terasa down, dan semangat pun kian pudar. Jadi silalah tenangkan minda..RELAX. Kebanyakan kita tanpa disedari, semasa mulakan aktiviti renang, agak gopoh dalam melakukan sesuatu drill atau senaman. Adalah penting utk kita memahami terlebih dahulu bagaimana badan kita berfungsi di dalam air. Jangan semua nak cepat sahaja. Ingatkan satu perkara ini! Katalah anda belajar renang di usia 30 tahun, sepanjang 30 tahun ini anda tidak pernah langsung berenang, jadi logikkah utk anda terus mahir berenang dalam tempoh beberapa minggu? Sentiasa ingatkan tentang perkara ini, maka anda akan lebih menerima keadaan badan seadanya. Yang selainnya, perlukan usaha dan semangat utk teruskan berlatih bagi memantapkan lagi kemahiran dalam renang.
Jangan lupa untuk membaca TIPS RENANG yang lain. Semuanya berkaitan.
Share This Post On:
0 says:
Post a Comment