Perkara yang selalu bermain di fikiran bila kita memerhatikan orang lain berenang ialah, KENAPA DIA LAGI PANDAI BERENANG DARI AKU?
Sama juga semasa anda datang untuk belajar renang, banyak kali kita membandingkan diri kita dengan orang lain. Kita rasa pencapaian kita tidak sebaik orang lain. Adakala rasa cemburu pun datang bila tengok ada orang lain yang baru belajar dah boleh swim daripada kita.
Mudah atau tidaknya kemampuan kita untuk berenang sebenarnya bergantung kepada daya apungan badan (buoyancy). Buoyancy seseorang individu berbeza, bergantung pada berat, jenis dan kerapatan jisim badan (Teori Archimedes). Oleh sebab itu, buoyancy kanak-kanak akan berbeza dengan dewasa, buoyancy orang yang badan berotot dengan yang badan berisi pun berbeza, lelaki dan perempuan juga berbeza buoyancy.
Buoyancy dibahagikan kepada TIGA kategori:
1. Positif - badan mudah terapung
2. Negatif - agak tenggelam
3. Neutral - neutral
Mereka yang positif buoyancynya lebih mudah berenang, tapi susah untuk menyelam dan sebaliknya. Bagaimana anda ingin menilai buoyancy?
1. Tarik nafas dan tahan nafas
2. Telungkupkan badan dan masukkan muka dalam air, tangan ke depan
3. Minta kawan tolong tengok samada badan anda akan timbul, tenggelam atau di tengah
Sebagaimana dalam artikel mengenai postur badan ini, badan kita memang tidak akan tenggelam ke dasar, walaupun buoyancy anda negatif. Cuma mereka yang ada negative buoyancy ni kena kerja keras sikit, dan kena betul-betul menumpukan pada postur tubuh. Postur tubuh yang betul dan cara pernafasan yang efektif membantu.
Di kelas, biasanya pada permulaan kami tidak terus ajar anda teknik renang. Biasanya kelas akan dimulakan dengan breathing, floating, kemudian tambah glide dan sebagainya. Di samping dapat membiasakan diri anda dengan air, dalam latihan2 ni juga membolehkan kami utk tengok tahap buoyancy anda. Jadi sekiranya ada antara anda yang negative buoyancy, masa latihan, kami akan lebih tumpukan kepada postur badan dan keseimbangan anda di dalam air.
Jadi jangan risaukan tentang orang lain yang lebih cepat berenang dari kita. Yang pentingnya, teruskan belajar. Dan jangan lupa untuk praktis praktis dan praktis. 8 jam kelas renang tidak boleh menjadikan anda berenang macam Michael Phelps..:P
Share This Post On:

0 says:
Post a Comment