TIPS RENANG: Postur Asas Tubuh Ketika Dalam Air

Apabila kita berada dalam lingkungan atau kawasan yang baru, kita kena cuba untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang kita masuk. Bila kita berada dalam air, kita juga kena mengadaptasi dengan persekitaran air supaya mudah untuk kita bergerak dan berasa selesa semasa melakukan aktiviti seperti renang.

Ada banyak cara untuk kita mulakan interaksi dan beradaptasi dengan persekitaran akuatik. Tapi yang difokuskan di sini adalah kaedah asas yang penting, tapi selalu diambil ringan oleh ramai orang.

1. Ketika terapung (muka dalam air)

Bila anda dalam posisi ini, pernah tak rasa macam kaki tenggelam?
Jika ya, cuba betulkan posisi kepala. Kesalahan utama yang dibuat oleh kebanyakan mereka yang mula belajar renang, ialah dengan cuba untuk memandang ke depan.

Bila kita buat macam ni, ia menyebabkan posisi kepala macam terngadah sikit (menghala ke atas) dan bila ini berlaku, tulang belakang kita akan tertekan ke bawah. Badan kita bila dalam air, macam jongkang-jongkit, bila satu belah tinggi, belah yang lagi satu akan ke bawah. Jadi jika kepala kita diangkat tinggi (disebabkan ingin pandang ke depan), maka kaki kita akan ke tenggelam ke bawah.

Jadi, bila kita cuba untuk mengapungkan diri dalam keadan telungkup, pastikan mata tu memandang ke arah lantai kolam, bukan ke depan.


2. Ketika terapung dengan posisi terlentang (back float)

Bila dalam posisi ini, terasa macam kaki tenggelam?
Jika ya, sekali lagi, kena betulkan posisi kepala. Kaki akan tenggelam pasal selalu cuba untuk melihat kaki.

Penyelesaiannya adalah dengan memandang ke atas dan usahakan agar telinga masuk dalam air. (Jangan risau, air tak akan masuk ke telinga dalam, Lihat Artikel Ini)

Secara naturalnya, badan manusia biasanya akan terapung. Cuma daya apungan (buoyancy) tu memang berbeza-beza. Cuma ia agak sukar diterangkan kerana ia melibatkan teori Archimedes, ketumpatan, tekanan dan lain-lain.

Yang pentingnya ialah untuk kita memahami bahawa badan kita tak akan sekali-kali berada melebihi permukaan air. Jadi tidak perlu bersusah payah untuk cuba menimbulkan seluruh badan atas air, kerana ia memang tidak akan berlaku

Floating? Possible!Above Water? Impossible!!


Share This Post On:



0 says:

Post a Comment