Di antara kawasan berair seperti laut, sungai, tasik dan sebagainya, kolam renang boleh diklasifikasikan sebagai kawasan air yang paling selamat. Namun, ia bukanlah tanpa bahaya. Sama penting bagi kita untuk memerhatikan dan mengawai keadaan sekeliling dan persekitaran kolam tersebut.
Antara potensi bahaya di kolam termasuklah:
Kedalaman air -
Ada sesetengah kolam renang tidak mempunyai sempadan atau papan tanda yang jelas antara kawasan cetek dan dalam. Malah, ada juga kolam renang yang tidak dituliskan dengan jelas kedalaman dalam tersebut.
Lantai yang licin -
Sesetengah kolam renang, terutama yang telah lama dibina menggunakan jubin halus seperti mozek, yang mudah licin selepas terkena air.
Jubin yang pecah -
Dasar kolam dan bucu kolam sering mengalami masalah jubin/seramik yang pecah. Ini boleh menimbulkan kecederaan jika terpijak di tempat tersebut.
Untuk memastikan keselamatan semasa berada di kolam renang, awasi tentang perkara-perkara berikut:
1. Perhatikan kedalaman kolam. Sempadan kolam yang cetek dan dalam juga perlu diteliti. Jika tidak pasti, tanyakan pada penyelamat yang bertugas.
2. Perhatikan samada alat-alat penyelamatan seperti pelampung (ring buoy) ada terdapat di tepi kolam.
3. Jangan renang bersendirian, kecuali jika terdapat penyelamat bertugas
4. Lakukan streching dan warm up yang cukup untuk mengelakkan kejang otot.
5. Jangan berlari-lari di kawasan kolam renang, kerana biasanya lantai agak licin.
6. Pastikan pengcahayaan cukup jika anda berenang pada waktu malam.
7. Pastikan anda berenang lurus dan jangan langgar perenang lain
8. Jika anda membawa kanak-kanak, jangan lepaskan pandangan anda dari mereka.
9. Belajar cara atasi kekejangan, kerana kejang otot sering berlaku kepada perenang.
10. Sentiasa beringat bahawa anda juga adakalanya boleh tenggelam, walaupun anda mahir berenang.
Share This Post On:

0 says:
Post a Comment